a typical eremiophobic in a foreign land...

Thursday, December 02, 2004

tidak bertajuk

sudah agak lama tak berbahasa melayu, jadi... patik menyusun sepuluh jari, maafkan ya jikalau patik tersilap taip ke... apa apa sajalah!

hari ini baru habis ujian bertulis... masih boleh tahan lah... bukannya nak markah penuh, asalkan dah bersungguh-sungguh kira boleh lah... hari tu kan, ujian lisan pun dah habis... ucapanku berkenaan budaya orang jepun, serta bahasa jepun, unsur-unsur ketaksaan (ambiguity) dalam bahasanya... heheh, baru teringat sudah agak lama tak mengarang dalam bahasa... biasanya ujian kat uni pun kebanyakannya dalam bahasa kan? istilah khusus pun dah hampir lupa lah! persamaan, ketaksaan, ketidakbolehterjemahan... kelajuan aku menaip dalam bahasa pun dah merosot... eh, merosot? ada perkataan yang lebih sesuai ke?

semalam, makan malam dengan ahli kelab heisei... kebanyakannya vip, taukeh besar syarikat gas asli di jepun, termasuk Toho Gas... aku, berbaju kurung, agak senang dicam lah... sebab tak ramai yang berpakaian tradisional lah... kawan aku dari pulau bali, dan negara thai, vietnam, myanmar... terasa macam eh... best juga kan... mereka pun pernah pergi ke kuala lumpur, miri... pernah bertugas di negara kita orang... banyak juga yang mereka tahu tentang malaysia dan asia tenggara... bahasa melayu pun masih boleh tahan lah... asyik dengan gas petroleum, sumber gas asli dan sebagainya lah... ceo syarikat petronas lah...

ehh, makanan yang dihidangkan pun tidak kurangnya... tiram, sushi, soba, keju, sashimi... eh, aku mendapati bahawa sebenarnya, ikan yang mentah agak sedap lah, dengan wasabi... sebelum ni kan, tak berani nak mencuba... tapi setelah sesuap dua suap... enak juga lah... oh, daging separuh masak, mungkin tiga suku masak, pun best juga lah... seperti yang anda semua tahu, orang jepun memang kuat minum kan? wain, wisky, arak, beer pun terhidang... hahah, minum sikit je... jangan risau lah... tapi memang memanaskan lah... terutamanya masa musim luruh seperti sekarang... pipi pun menjadi merah setelah beberapa gelas minuman... hahah, pencuci mulut mestilah tidak kurangnya... kek keju, coklat, teh hijau... arghhh... seronoknya! eh, sze hwei ni asyik dengan makanan aje... tak jemu ke? Tak... heh!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home